[Lewat petang di lokasi makan-makan...]
S: Perlukah kita optimis dalam cinta, Long?
A: Optimis yang macam mana?
S: Alah, macam bersangka baik, kita yakin dengan pasangan kita dalam segala hal, menerima seadanya, dan jika ada yang buruk pada lakunya pun, kita tak gusarkan sebab kita yakin si dia akan berubah juga nanti. Optimis yang begitu, bolehkah?
A: Optimis tu apa tafsirnya?
S: Urm..optimis, fikiran cara positif bahawa yang baik akan berlaku. Tiada pula akal pessimist: yang suka berputus asa dan berpandangan buruk terhadap sesuatu.
A: Done. Rasanya sejauh mana kita boleh jadi optimis begitu ye?
S: .......
A: Sampai usia tua, atau nanti kita akan jadi stress dengan sikap buruk pasangan yang tak berubah-ubah sejak usia perkenalan sampai beranak-pinak?
S: Eh..taklah sampai begitu.
A: Jadi??
S: Erm..optimis tu baguslah kan, cuma seharusnya berpada-pada. Baiknya optimis yang sederhana, sebab itu tanda kita yakin dan menghargai pasangan. Langsung kita menerima dia dengan caranya, kan Long?
A: Setuju. Tapi, itu pendapat kita je. Orang lain tak tahulah :)
--------------------------------
S: Jadi kan Long, macam mana sebenarnya nak gambarkan kesetiaan dan kepercayaan ni?
A: Apa pandangan kamu?
S: Saya rasa lah kan, kepercayaan dan kesetiaan itu sendiri umpama cermin. Apa yang kita beri pada pasangan, secara ikhlasnya akan terpantul pada kita semula.
A: Terus..
S: Dan,bukannya kita tak boleh jadi optimis, boleh. Cuma kita tak boleh semberono je. Perlu ada rasa hati-hati dan mahu bekerja dalam percintaan.
A: Hati-hati?
S: Ialah Long, hati-hati. Mana boleh kita percaya seratus peratus, cinta seratus peratus ..
A: Aik, tadi kata optimis..hehe
S: Alah tu soalan, bukan yang saya jadikan pegangan
A: Ouh..brilliant. Langsung apa maksudnya mahu bekerja dalam percintaan?
S: Saya rasa, betullah apa DUNIA kata tentang "give and take" dalam dunia cinta. Ada beri, ada yang ambil. Maksud bahagia datang dari dua hala, barulah sama-sama rasa dihargai.
A: Mantap. So, macam tu betul-betul akan bahagia?
S: Tak juga..
----------------------------------
S: Along teori 'rewarding' jadi gagasan dalam percintaan juga tau.
A: Bagaimana?
S: Jika reward atau beri ganjaran pada sesiapa pun, perbuatannya akan meningkat. Contohnya, dengan memberi kepercayaan, pujian, kasih sayang..
A: Umm..logik. So, guna teori tu lah pulak ye?
S: Haah, manusia ni kan suka kepada perkara-pekara begitu.
A: So, jika tiap pasangan saling menghargai, bolehlah bahagia ye, gitu?
S: Erm..ada lagi..
A: Apanya, wah banyaknye nak kena buat untuk cari cinta sejati..
S: Haha..erm, begini. Unsur yang 4 tu kenalah ada. Agamanya, bijaksana, keturunan dan paras rupa.
A: Then?
S: Along saya rasa apa-apa pun berbalik kepada niat kita. Niatlah yang paling utama, biarpun cinta itu fitrah.
A: Urm, niat dan cinta?
S: Along, niat tu penting, kan?? Niat itulah yang akan memandu kita dalam cinta. Jika niat dijadikan sebagai paksi itu baik, maka rimbun bahagia lah yang akan tumbuh. Siram-siramkan nanti dengan air kesetiaan. Baja dengan iman dan keserahan pada Tuhan. Biar telus dan redha yang kita tanamkan bersama benih cinta itu menghasilkan ketenangan. Iya, ketenangan dan bahagia adalah pengakhirnya.
A: Wah, analogi yang mantaplah:)
S: Yelah, hakikatnya bahagia tu, adalah ketenangan, bila hati mengingati Tuhan..
A: Wah, nyanyi pulak dia, hehe. Eh, dah nak berbuka..jom!
No comments:
Post a Comment